Sabtu, 14 Mac 2015

Sabtu, Mac 14, 2015
Gambar Perkahwinan Fad Bocey | Fad Bocey akhirnya telah selamat bergelar suami kepada Nur Syahirah hanya dengan sekali lafaz.

Gambar Perkahwinan Fad Bocey

Majlis pernikahan tersebut yang didahulukan dengan majlis pertunangan telah berlangsung di tempat kelahiran isterinya di Jitra Kedah. Mengenakan busana putih, kedua-dua pengantin tampak berseri-seri.

Gambar Perkahwinan Fad Bocey

Fad mula berkenalan dengan Nur Syahirah apabila gadis tersebut yang juga merupakan adik angkat kepada Jihan Muse sering hadir ke pentas Maharaja Lawak Mega.

Gambar Perkahwinan Fad Bocey

Sudah mengenali antara satu sama lain selama dua tahun dan baru sahaja lima bulan menjadi pasangan kekasih, Fad membuat keputusan untuk bernikah dengan wanita tersebut kerana beliau amat memahami dirinya dan mudah untuk dibawa berbincang.

Gambar Perkahwinan Fad Bocey

Majlis resepsi Fad dan Nur Syahirah bakal diadakan di Dewan Tun Rahah, Kuala Lumpur pada 23 Mei 2015.

Gambar Perkahwinan Fad Bocey
Gambar Perkahwinan Fad Bocey

Tahniah diucapkan kepada Fad dan isteri, semoga perkahwinan ini kekal hingga kejannah...

sumber
http://beautifulnara.com/6-foto-fad-bocey-kini-bergelar-suami-kepada-nur-syahirah/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.