Rabu, 18 Mac 2015

Rabu, Mac 18, 2015
Jabatan Agama NS Usaha Batal Hak Jaga Anak Bapa Murtad | Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sedang berusaha membatalkan hak penjagaan anak terhadap seorang lelaki India Muslim yang kini mengisytiharkan dirinya murtad.

Jabatan Agama NS Usaha Batal Hak Jaga Anak Bapa Murtad

Pegawai Bahagian Pendakwah JHEAINS, Mohd Zulkarnain Abdullah berkata, JHEAINS bersama Jabatan Mufti dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, dalam proses mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan tindakan lanjut dibuat, terhadap seorang individu berusia 52 tahun.

Mohd Zulkarnain berkata, lelaki tersebut pernah memeluk Islam sekitar tahun 1970-an, sewaktu hendak berkahwin dengan seorang gadis yang beragama Islam, dikenali Rokiah.

“Namun kisah perjalanan hidup mereka tidak seperti seorang Muslim, malah cara hidup mereka juga lebih ke arah agama Hindu.

“Lebih mengejutkan lagi, dia pernah membuat permohonan untuk keluar Islam melalui surat sumpah yang dibuat di Suruhanjaya Sumpah, tanpa kebenaran JHEAINS, dan menukar nama di kad pengenalannya kepada nama Hindu, yang digunakan sekarang.

“Pada tahun 2000, Kamarulzaman pernah mendapatkan surat daripada seorang pegawai agama, dan kembali memeluk Islam, bagi membolehkan dia berkahwin dengan seorang wanita Islam dikenali sebagai Ellya, berasal dari Indonesia.

“Dia memeluk Islam atas dasar perkahwinan sahaja, selepas itu dia kembali kepada agama asal, sehingga kini,” katanya.

Pelajar Cuba Bunuh Diri Kerana Agama


Tambahnya, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini tinggal bersama Kamarulzaman di Kampung Sendayan, dan anaknya itu diisytiharkan sebagai seorang Muslim, memandangkan ibunya adalah seorang wanita Islam.

Mohd Zulkarnain berkata, JHEAINS perlu menyelamatkan anak tersebut agar tidak tersasar dari landasan Islam.

Jelasnya, anak lelaki tersebut kini sedang dirawat akibat minum kopi yang berisi dengan racun di rumah mereka pada 11 Mac lalu.

Mengikut rekod, JHEAINS mencatatkan lebih 100 kes yang melibatkan individu yang membuat permohonan untuk keluar Islam di negeri ini.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/murtad-jheains-usaha-batal-hak-penjagaan-anak-1.369677


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.