Isnin, 30 Mac 2015

Isnin, Mac 30, 2015
Jaspreet Singh Kalra, Budak Getah Yang Pelik | Seorang pelajar sekolah diberi gelaran ‘budak getah’ kerana kemampuannya melentur badan pada tahap luar biasa seperti membengkokkan kakinya sehingga 180 darjah ke belakang.

Jaspreet Singh Kalra, Budak Getah Yang Pelik

Pelajar tersebut, Jaspreet Singh Kalra, 15, yang tinggal di negeri Punjab, India itu paling dikenali dengan aksi membengkokkan kaki ke belakang sehinggakan tapak kaki remaja berkenaan boleh diletakkan di atas bahunya.

Dia juga boleh memusingkan kepalanya 180 darjah ke belakang seperti watak dilakonkan Meryl Streep dalam filem komedi Death Becomes Her.

Jaspreet Singh Kalra, Budak Getah Yang Pelik

Gambar-gambar menakjubkan remaja ini menunjukkan dia mampu membengkokkan badan ke belakang, meletakkan kepala di pahanya di samping memusing badannya sehinggakan muka dan kakinya menghadap arah yang bertentangan.

Jaspreet Singh Kalra, Budak Getah Yang Pelik

Kalra mendedahkan dia tidak berasa sakit ketika melakukan aksi-aksi tersebut dan merancang untuk mengatasi idolanya, Daniel Browning Smith.

Smith merupakan ahli melentur badan dari Amerika Syarikat yang kini memegang rekod sebagai lelaki paling fleksibel di dunia. – Agensi

Jaspreet Singh Kalra, Budak Getah Yang Pelik
Jaspreet Singh Kalra, Budak Getah Yang Pelik
Jaspreet Singh Kalra, Budak Getah Yang Pelik

Seterusnya video dibawah....



Erghh...da macam plastik dah badan budak nih...teringat lak kat kartun plastic man...he3x!!!
Posted by Kezoom on Monday, March 30, 2015
sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.