Ahad, 15 Mac 2015

Ahad, Mac 15, 2015
1
Jupiter Terhempas: Tuah Baiki Basikal Anak | Sebuah keluarga terselamat daripada tragedi apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran selepas sebuah pesawat jatuh terhempas di Kampung Gelam Mukim Kedawang, 1.50 petang tadi.

Jupiter Terhempas: Tuah Baiki Basikal Anak

Difahamkan, satu daripada dua pesawat pasukan aerobatik Jupiter dari Indonesia yang bergesel di udara ketika sesi latihan LIMA'15 terhempas di atas bumbung rumah, manakala satu lagi jatuh di kawasan hutan berhampiran.

Bagaimanapun, empat juruterbang yang menaiki pesawat itu terselamat kerana berjaya mendarat menggunakan payung terjun.

Pemilik rumah Zulkifli Abu Talib, 46, berkata, ketika kejadian dia berada di luar rumah kerana sedang memperbaiki tayar basikal milik anaknya.

Katanya, pada masa sama tiada sesiapa dalam rumah, dan dia ada melihat kapal terbang berkenaan sebelum tiba-tiba terdengar bunyi letupan dari kawasan latihan.

"Lepas tu dengar ada orang jerit kata ada pesawat melayang menuju ke rumah kami dan belum sempat buat apa-apa pesawat sudah menjunam atas bumbung dan sebelum terbakar.


"Pada masa sama, bapa saya yang ada sakit jantung datang melawat... dan melihat kejadian itu dia nampak terkejut dan jatuh pengsan. Tak lama kemudian pasukan bomba tiba dan pasukan penyelamat bawa dia ke hospital dengan helikopter," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.

Katanya, rumah miliknya teruk terbakar dengan hampir 95 peratus hangus, selain kereta dan motosikalnya turut musnah.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah yang mengesahkan kejadian berkata, empat juruterbang terbabit hanya cedera ringan dan diberi rawatan di Hospital Langkawi.

Katanya, seorang lelaki berusia 60-an yang terkejut dengan kejadian turut menerima rawatan di hospital sama.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/37142#sthash.YNHC1pv7.dpuf


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.