Sabtu, 21 Mac 2015

Sabtu, Mac 21, 2015
Kabinet Dimaklumkan Mengenai Hudud di Kelantan | Kabinet pada Jumaat telah dimaklumkan mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Kabinet Dimaklumkan Mengenai Undang-Undang Hudud di Kelantan


Beliau berkata, jemaah menteri daripada Umno juga bersetuju dengan sokongan wakil parti itu terhadap pindaan undang-undang itu.

Umno turut bersetuju supaya perkara itu diulas dengan terperinci kepada umum oleh jurucakap yang dilantik parti, kata Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

"Kita memang amat setuju undang-undang ini diluluskan kerana ia merupakan hukum Allah yang memerlukan kita untuk memberikan sokongan.

"Tidak ada persoalan kita menentang hukum Allah, cuma dari segi pelaksanaannya perlu ditingkatkan," katanya pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dan Royal Agricultural University (RAU) United Kingdom di sini, hari ini.

Semalam, DUN Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu, selepas dipersetujui sebulat suara oleh kesemua 44 anggota DUN.

Semua 44 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu 31 daripada PAS, 12 Barisan Nasional (BN) dan seorang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir ketika enakmen itu diluluskan.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/03/20/kabinet-hudud/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.