Khamis, 5 Mac 2015

Khamis, Mac 05, 2015
Kaka Azraff: Di Samakan Dengan Lembu Komen Paling Jahat | Kaka Azraff menyifatkan komen yang menyamakannya dengan seekor lembu gara-gara mengenakan cincin hidung dalam satu sesi fotografi berkonsepkan Bollywood sebagai tidak adil dan bersifat jahat.

Kaka Azraff: Di Samakan Dengan Lembu Komen Paling Jahat

Bagaimanapun kata Kaka, dia tidak mengambil hati sangat terhadap komen tersebut kerana masyarakat tidak mengetahui cerita sebenar dia memakai aksesori itu.

"Biarpun saya merasakan komen menyamakan saya seperti lembu itu adalah yang paling jahat tetapi saya tidak ambil hati kerana mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Tambahan pula saya tidak menjelaskan apa sebabnya saya berpakaian sedemikian sehingga mereka sanggup berkata sebegitu," katanya.

Tambah Kaka, gambar tersebut sebenarnya diambil ketika dia menjayakan sebuah sesi fotografi seorang penuntut universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang sedang menyiapkan projek akhirnya.

Dia memakai cincin hidung itu bagi menyesuaikan konsep yang diketengahkan oleh pelajar berkenaan iaitu Bollywood dan sebagai seorang model dia hanya mengikut tema yang ingin dilakukan.

"Saya setuju menjayakan projek itu kerana tidak sebelum ini tidak pernah menjayakan tema Bollywood selain ingin menyokong pelajar berkenaan yang ingin menggunakan selebriti untuk projek mereka.

"Hendak salahkan 'keyboard Warrior' yang menghentam saya pun tidak boleh juga kerana sebelum ini saya tidak pernah menjelaskan mengapa saya berpakaian dan menggunakan aksesori sedemikian sehingga timbul salah faham," katanya.

Tambah Kaka lagi, dia tidak mempunyai sebarang halangan untuk menjayakan konsep tersebut dan menyerahkan kepada pelajar berkenaan kerana itu adalah projeknya.

"Saya tidak boleh masuk campur urusan konsep yang hendak disampaikan kerana itu projek mereka dan saya sebagai model hanya ikut sahaja," katanya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/03/05/kaka-azraff/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.