Rabu, 18 Mac 2015

Rabu, Mac 18, 2015
Kamal Adli Nafi Bawa Emma Maembong Jumpa Keluarga | Dah hampir setahun khabar angin hubungan cinta antara, Kamal Adli dan Emma Maembong bertiup kencang.

Kamal Adli Nafi Bawa Emma Maembong Jumpa Keluarga

Bermula dengan "kisah" menjemput Emma di lapangan terbang, Kamal turut dikaitkan sebagai orang ketiga dalam keretakan hubungan Emma bersama bekas kekasihnya, Zizan Razak.

Walaupun Kamal telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, beliau sekali lagi terpalit dengan kemelut cinta pasangan berkenaan, meskipun kini situasinya lebih berbeza.

Khabar angin mengatakan hubungan Kamal dan Emma semakin rapat sejak Emma berpisah dengan Zizan, malah ada dakwaan mengatakan Kamal turut membawa Emma berjumpa dan mengenali keluarganya baru-baru ini.

"Bagaimana perkara begini boleh tersebar sedangkan saya tak pernah bawa Emma jumpa keluarga saya. Tuduhan sebegini memang tak masuk akal.

"Saya mengaku yang saya berkawan dengan Emma namun tak adalah sampai ke perhubungan yang lebih serius sehingga membawanya ke rumah.

"Kami hanya kawan biasa dan saya sendiri sedia maklum dengan situasi yang sedang menimpa Emma sekarang ini. Kalau boleh, saya tidak mahu dia dihentam lagi dengan gosip seperti ini. Cukuplah, jangan buat dia tertekan lagi," kata Kamal.

Emma Maembong Dah Jumpa Keluarga Kamal Adli

Ditanya adakah Emma memenuhi kriteria wanita yang diingini, Kamal memberitahu bahawa dia tidak meletakkan perkara itu sebagai syarat untuk mengenali mana-mana wanita.

"Saya berkawan dengan semua orang dan keserasian itu akan timbul dengan sendiri tanpa perlu kriteria. Namun, buat masa ini, saya lebih fokus pasal kerjaya terlebih dahulu.

"Lagipun, umur saya baharu 29 tahun. Kalau boleh, saya malas dah nak bercinta dan terpaksa menunggu lama-lama.

"Sekiranya saya ada jodoh dengan Emma ataupun sesiapa sahaja, itu adalah ketentuan dari-Nya. Namun, saya tidak mahu orang mengaitkan saya sebagai orang ketiga ataupun punca perpisahan orang lain," kata Kamal Adli lagi.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/kamal-adli-kami-hanya-kawan-1.369562


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.