Sabtu, 14 Mac 2015

Sabtu, Mac 14, 2015
Kerja Lebih Masa, Pekerja Apple Maut | Seorang pekerja sebuah kilang membuat iPhone meninggal dunia selepas bekerja sehingga 12 jam setiap hari, tujuh hari seminggu, dakwa keluarganya.

Kerja Lebih Masa, Pekerja Apple Maut

Tian Fulei, 26, ditemui mati 3 Februari lalu di asrama pekerja kilang Pegatron. Pegatron adalah sebuah kilang yang bertanggungjawab dalam pembuatan barangan Apple termasuklah iPhone 6.

Sijl kematian menunjukkan Fulei diklafikasikan sebagai mati mengejut namun tiada bedah siasat dijalankan.

Menurut adiknya, Tian Zhoumei, 25, abangnya tidak mempunyai masalah kesihatan dan mendakwa punca kematian abangnya itu adalah kerana bekerja lebih masa.

"Kami mendengar banyak rungutan dari abangnya berkenaan kerja lebih masa. Dia adalah seorang lelaki sihat sebelum bekerja di sana dan dia lulus ujian kesihatan yang ditetapkan syarikat tersebut. Syarikat itu harus bertanggungjawab di atas kematian abangnya.

"Kali terakhir saya bercakap dengannya ialah pada 1 Februari lalu, dia tidak ada menyebut mengenai kesihatannya tetapi dia berkata dia bekerja lebih masa 2 hingga 2 jam setengah iaitu 12 jam waktu kerja setiap hari", katanya dipetik MailOnline.

Tambah  Zhoumei, syarikat itu tidak membenarkannya menyimpan salinan rekod jam kerja abangnya.

Bagaimapaun, Pegatron menafikan kematian Fulei adalah berkaitan dengan persekitaran kerjanya.

Kematian ini sekali lagi mendatangkan kebimbangan terhadap pekerja bawahan dibayar untuk memenuhi pemintaan dunia untuk produk Apple. Lebih daripada 74.5 juta Iphone dijual di seluruh dunia dalam tempoh tiga bulan.

Undang-undang China menetapkan bahawa pekerja kilang boleh mengambil maksimum 36 jam kerja lebih masa sebulan.

Garis panduan Apple menyatakan bahawa pekerja tidak boleh bekerja lebih daripada 60 jam seminggu kecuali dalam 'kecemasan' atau keadaan 'luar biasa'.

Tahun lepas, Apple memberitahu BBC bahawa ia mendapati jumlah purata jam bekerja seminggu di kilang Pegatron ini berhampiran Shanghai adalah sekitar 55 jam.

Walau bagaimanapun, laporan yang dikeluarkan bulan lepas oleh Badan Pemantau China (CLW) menunjukkan bahawa pada bulan September, Oktober dan November tahun lepas jumlah purata jam bekerja seminggu adalah lebih dari 60 jam.

"Pada bulan November 2014 pekerja Pegatron mengambil purata 95 jam kerja lebih masa sebulan lebih daripada dua kali ganda had undang-undang".

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/pekerja-kilang-apple-maut-kerja-lebih-masa-1.368385


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.