Sabtu, 28 Mac 2015

Sabtu, Mac 28, 2015
Ketua Polis Kemaman Parah, Kereta Terbabas | Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam parah dan tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 269.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT2 ), malam tadi.

Ketua Polis Kemaman Parah, Kereta Terbabas

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9 malam apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Che Suza terbabas lalu merempuh pembahagi jalan sebelum memasuki arah bertentangan.

Akibat kemalangan itu, beliau yang berada dalam keadaan kritikal dan disyaki patah kaki kanan terpaksa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, kira-kira 10 malam tadi.

Isteri beliau, Mazlina Mokhtar yang ikut bersama bagaimanapun hanya cedera ringan.

Che Suza sebelum itu dikatakan dalam perjalanan dari Chukai menuju ke Cheneh Baharu bersama isterinya untuk menghadiri program di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Cheneh Baharu bagi menyampaikan ceramah.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/39733#sthash.v2ICX2DY.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.