Sabtu, 14 Mac 2015

Sabtu, Mac 14, 2015
Lagi Mangsa Arif Dolah Tampil Buat Laporan | "Saya tampil pada malam ini (tadi) kerana saya juga pernah menjadi mangsa dia malah apa yang diperlakukan terhadap saya lebih teruk berbanding yang Tegar alami," dedah penyanyi dari Singapura, Sufie Rashid, 24, yang juga merupakan bekas anak tiri Mohammad Arif Dolah yang didakwa melakukan gangguan se-ksual terhadap penyanyi remaja dari Indonesia, Tegar.

Lagi Mangsa Arif Dolah Tampil Buat Laporan

Sufie membuat pengakuan tersebut bersama Tegar dalam satu sidang media khas di Istana Budaya, malam tadi yang turut dihadiri pihak label Tegar iaitu pemilik Harpa Record, Handako Kusuwo serta bapa Tegar iaitu Jusup Suhardi.

Jelas Sufie, walaupun perkara itu telah berlaku sepuluh tahun lalu, namun sehingga kini perasaan dendam terhadap Arif masih lagi utuh.

"Sudah lama saya pendam semua ini. Saya nekad tampil mendedahkan segala perbuatan keji dia kerana tidak sanggup melihat orang lain terus menjadi mangsanya.

"Saya cuba memberanikan mengambil langkah ini selepas mendengar sendiri kisah Tegar ditipu dan sejak itu saya juga yakin ada sesuatu yang tidak kena berlaku ke atasnya.

"Kebetulan saya juga mengenali wakil pihak pengurusan Tegar iaitu Ali dan selepas berbincang dengannya saya dibawa bertemu Tegar.

"Apa yang berlaku kepada saya sebelum ini saya ceritakan Tegar dan disebabkan itu Tegar akhirnya berani membuka mulut berterus terang terhadap apa yang berlaku," ujarnya.

Pada masa yang sama Sufie mengakui perbuatan Arif terhadap dirinya satu ketika dahulu cukup melampau dan memberi impak mendalam terhadap dirinya sehingga kini.

"Apa yang dia lakukan terhadap saya sangat melampau sehingga sudah ke tahap suami dan isteri. Ketika itu saya berusia 13 tahun dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak ada sokongan.

"Saya ada cuba memberitahu ibu tapi dia tidak percaya tambahan pula ketika itu Arif sudah berkahwin dengannya malah saya pula dituduh untuk mereka cerita. Arif seorang yang licik kerana dia pandai memanipulasikan cerita.

Lagi Mangsa Arif Dolah Tampil Buat Laporan

"Lebih memeritkan selepas ibu saya berkahwin dengan Arif, saya selalu menjadi mangsanya. Selama setahun saya dipaksa melakukan perkara terkutuk oleh Arif. Bukan saya tidak mengadu kepada ibu, tetapi ibu lebih percayakan suaminya.

"Apa yang berlaku sebelum ini memang dahsyat dan sehingga kini saya masih mengalami trauma dan terpaksa menjalani kaunseling untuk melupakan perbuatan keji itu,"jelasnya.

Nafi mahu meraih perhatian atau populariti dengan kemunculannya kali ini, Sufie bagaimanapun mahu Arif menerima hukuman yang setimpal.

Tegar Malu, Mahu Kes Selesai Secepat Mungkin

"Tolak ke tepi apa yang orang akan katakan terhadap saya. Saya sudah fikir sedalam dalamnya dan niat saya hanyalah mahu menghentikan segala perbuatan terkutuk dia.

"Saya sendiri pun sudah membuat laporan polis dan saya amat berharap pendedahan saya ini dapat membantu dan memberi pengajaran buat semua," jelasnya panjang lebar.

Arif pernah menguruskan kerjaya seni Sufie sebelum lelaki itu mengahwini ibunya dan  Arif dikatakan berterusan mengambil kesempatan terhadap dirinya selama setahun setengah.

#Keh..keh...keh....tembelang busuk nak simpan kat mana lagi nihhh...mungkinkah akan ada lagi mangsa lain tampil buat laporan lepas nih??

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/saya-diperlakukan-lebih-teruk-dari-tegar-1.368757


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.