Selasa, 24 Mac 2015

Selasa, Mac 24, 2015
Lana Nordin Bakal Bersuamikan Mat Salleh? | Selepas kecewa dengan percintaannya bersama Johan Asaari, Lana Nordin mula bertemu cinta hati yang baru.

Lana Nordin Bakal Bersuamikan Mat Salleh?

Khabarnya jejaka yang bertuah tu dikenali dengan David McKienzie dan beliau merupakan seorang atlet skuad bola tampar Amerika Syarikat yang beraksi di sukan Olimpik pada tahun 2012.

Perkhabaran yang mengatakan mereka bakal berkahwin semakin hebat diperkatakan kerana pasangan ini katanya bakal mengadakan sidang akhbar pada 25 Mac ini untuk mengumumkan majlis perkahwinannya selain memperkenalkan pemuda Mat Saleh ini kepada umum.

Lana Nordin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin dikhabarkan akan mendirikan rumah tangga dengan seoarang jejaka pada bulan Mei tahun ini, sekaligus bakal menutup sebarang kontroversi atau tanda tanya siapakah jejaka yang berjaya mengisi kekosongan hati gadis kelahiran Sarawak ini.

Menurut sebuah portal gosip tempatan yang telah mendedahkan teman lelaki Lana, berasal dari Amerika Syarikat dan kini menetap di Singapura.

Kalau dilihat dari laman twitter David McKienzie, terbukti betapa lelaki ini jatuh cinta terhadap Lana Nordin dengan kapsyen : “Crazy about this girl! Lananodin”.. “Lunch with my sayang, Lananodin”

Apa-apa pun, tunggu sehingga sidang media nanti, jika benar jejaka Mat Saleh ini bakal menjadi suami Lana Nordin.

sumber
http://era.fm/Zon-Interaktif/Interaktif/Gosip-Mossip-Mak-Jemah/Lihat-Gosip.aspx?arc=10106&sec=78


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.