Selasa, 24 Mac 2015

Selasa, Mac 24, 2015
Lif Pengangkut Jatuh, Pekerja Bangladesh Maut | Buruh binaan warga Bangladesh yang kritikal selepas lif pengangkut penumpang yang dinaiki jatuh dari tingkat 13 di tapak pembinaan pangsapuri di Presint 15, di Putra Jaya meninggal dunia kira-kira jam 3 petang semalam.

Lif Pengangkut Jatuh, Pekerja Bangladesh Maut

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an maut meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya (HPJ) akibat cedera parah di bahagian badan dan kepala. Warga Bangladesh itu merupakan operator lif tersebut.

Lif tersebut dipercayai mengalami masalah brek sehingga gagal dikawal dan menyebabkan ia terjatuh.

Lif Pengangkut Jatuh, Pekerja Bangladesh Maut

Perkara itu disahkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya, Deputi Superintendan Zaihairul Idrus ketika dihubungi.

Dalam kejadian 10.45 pagi tadi,Indonesia maut di tempat kejadian manakala seorang lagi pekerja Bangladesh meninggal dunia di Hospital Putrajaya pukul 3 petang ketika dirawat di hospital berkenaan akibat cedera parah.

Lif Pengangkut Jatuh, Pekerja Bangladesh Maut

Kejadian dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem brek lif berkenaan. Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/38818#sthash.15NZA9JL.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.