Isnin, 30 Mac 2015

Isnin, Mac 30, 2015
Marshal F1 Sepang Di Kritik, Kutip Objek Ketika Ujian Masa Sedang Berlangsung | Satu rakaman video memaparkan tindakan seorang marshal Formula One Sepang memasuki litar ketika sesi kelayakan sedang dijalankan untuk mengutip sampah dikritik oleh para peminat F1 yang menganggap tindakan lelaki itu membahayakan diri dan pelumba F1.


Difahamkan, ketika kejadian itu, seorang marshal F1 bertindak memasuki litar lumba bagi mengutip sebuah objek yang berada di litar berkenaan dan pada masa yang sama pelumba F1, Felipe Nasr, sedang memecut laju di laluan berkenaan.

Insiden itu mengundang kritikan dari para peminat F1 seluruh dunia yang menganggap tindakan marshal itu 'brainless' dan didakwa cuba membunuh pelumba F1, Felipe Nasr.

Ada juga yang mengimbas kembali kejadian yang telah menimpa seorang pemandu F1 pada tahun 1997, Kyalami, South Africa, di mana Tom Pryce maut serta merta setelah terlanggar seorang marshal litar tersebut.

Marshal Frederick Jansen Van Vuuren, 19, pada ketika itu melintas litar tersebut sambil membawa alat pemadam api bagi membantu seorang pelumba F1 yang tersadai di bahu litar. Malangnya, mangsa terlalu lambat keluar dari litar menyebabkan dia dilanggar oleh Tom Pryce dan tercampak ke bahu litar.


Manakala, Tom Pryce pula maut serta merta di tempat kejadian kerana kepalanya terhantuk pada alat pemadam api yang dibawa oleh marshal tersebut.

Bagaimanapun, insiden yang berlaku di litar itu disifatkan tidak begitu membahayakan kerana tidak ada banyak jentera F1 melalui laluan tersebut menyebabkan marshal berkenaan berani mengambil tindakan itu.

Ada juga yang percaya, tindakan marshal itu diarahkan oleh pihak 'Control Tower', bukannya suka-suka berbuat sedemikian.

sumber
http://www.thehypemedia.com/2015/03/marshal-f1-dikritik-masuk-litar-ketika.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.