Isnin, 23 Mac 2015

Isnin, Mac 23, 2015
Masron Ali Black Dog Bone Meninggal Dunia | AL FATIHAH...Masron Ali yang juga ahli kumpulan Black Dog Bone [pemain trompet] dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 4.30 pagi tadi di Hospital Changi, Singapura.

Masron Ali Black Dog Bone Meninggal Dunia

Berita kematian Allahyarham dimaklumkan oleh penyanyi kumpulan tersebut, Ishar Masrom di laman Facebook miliknya.

“Kami kehilangan seorang sahabat yang telah lama mengabdikan diri dalam seni dan telah banyak berjasa dalam mengharumkan nama BDB. Semoga kau tenang di sana sahabat,” katanya.

Mengulas lanjut, Ishar yang sedih atas kehilangan sahabatnya itu menjelaskan Masron telah meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak akan dilupakan.

“Suara uniknya dalam menyampaikan lagu-lagu jenaka dan nasihat telah berjaya memberi kesan dan banyak membantu mengharumkan nama Black Dog Bone hingga kini,” katanya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat zuhur hari ini.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/masron-ali-bdb-meninggal-1.72626


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.