Ahad, 15 Mac 2015

Ahad, Mac 15, 2015
Maut Di Pijak Gajah Liar | Seorang lelaki lembam di Kampung Te­luk, Tanjung Sedili ditemui tidak bernyawa oleh penduduk dipercayai akibat diserang gajah liar dalam kejadian awal pagi semalam.

Maut Di Pijak Gajah Liar

Mangsa, Roslan Kamar, 32, dijumpai di kawasan kebun yang terletak di tepi jalan utama kampung itu dalam kea­daan tidak berbaju dan hanya berseluar panjang.

Turut kelihatan beberapa kesan tapak kaki gajah berhampiran mangsa manakala pokok kelapa sawit di sekitarnya musnah dimakan haiwan liar tersebut.

Bapa mangsa, Kamar Mahasin, 54, berkata, dia mendapat tahu tentang kejadian yang menimpa anaknya selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Menurutnya, penduduk memberitahu bahawa Roslan telah diserang gajah dan sebaik tiba di tempat kejadian dia melihat mayat anaknya yang mengalami pendarahan di belakang kepala terbaring kaku di dalam sebuah parit.

Maut Di Pijak Gajah Liar

Begitupun, kata Kamar, tiada kesan badan anaknya dipijak mamalia berkenaan.

“Dalam dua hari kebelaka­ngan ini memang ada kejadian gajah masuk ke kawasan kampung. Malah, saya sendiri pernah ternampak seekor gajah sedang makan tanaman penduduk.

“Roslan merupakan anak kedua daripada 13 adik-beradik dan sering keluar berjalan pada waktu malam. Jarak tempat kejadian de­ngan rumah kami kira-kira 1.5 kilometer.

“Saya juga tidak sangka dia akan menjadi korban serangan haiwan liar itu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi semalam.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.