Selasa, 3 Mac 2015

Selasa, Mac 03, 2015
[Mengejutkan] 4 Kes Tembak Dalam Sehari! | Semalam, 2 Mac 2015 mungkin mencatat sejarah negara apabila 4 kes tembak dilaporkan diseluruh negara oleh akhbar online myMetro.

Kes Pertama (Lelaki Maut Di Tembak 4 Das)

Lelaki Maut Di Tembak 4 Das

Seorang pengusaha pusat cuci kereta berusia 34 tahun maut ditembak tiga das tembakan dari jarak dekat di Taman Sri Gedung, Jalan Lencongan Timur, Sungai Petani, tengah malam tadi (2/3/2015)

Menurut sumber, kejadian berlaku 12.15 tengah malam ketika lelaki terbabit baru tiba di depan rumahnya sebelum muncul sebuah kereta Perodua Myvi putih yang berhenti di belakang kenderaannya.

Katanya, sebaik berhenti tiga lelaki keluar sebelum salah seorang daripadanya melepaskan tiga das tembakan ke arah kereta mangsa.

"Satu tembakan mengenai tepat di pipi manakala dua tembakan lagi terkena pada leher dan dada menyebabkan mangsa mati di tempat duduk pemandu," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Khalil Ariffin mengesahkan kejadian berkata, pihaknya kini sedang memburu semua suspek terbabit dan siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/34023

Kes Kedua [ Lelaki Parah Di Tembak 6 Das Tembakan]

 Lelaki Parah Di Tembak 6 Das Tembakan

Seorang lelaki parah selepas terkena enam das tembakan yang dilepaskan seorang daripada dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Jalan Reko, di Kajang.

Dalam kejadian 12.46 tengah hari itu, mangsa yang menaiki kereta Honda Accord berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.

Menurut sumber, seorang daripada suspek melepaskan enam das tembakan ke arah kereta mangsa.

"Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Kajang," katanya.

Katanya, dua suspek menaiki motosikal jenis Yamaha LC berwarna putih. "Pihak berkuasa sedang memeriksa CCTV di kawasan berkenaan untuk mengenal pasti dua penyerang terbabit.

"Sehingga kini, saksi bebas yang menyaksikan kejadian itu gagal mengecam nombor pendaftaran motosikal digunakan dua penyerang terbabit," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/34194#sthash.lD5BBuJz.dpuf

Kes Ketiga [Maut Di Tembak Dalam MPV]

[Maut Di Tembak Dalam MPV

Seorang lelaki maut selepas ditembak ketika berada dalam MPV berhampiran lampu isyarat di Jalan Scotland, di sini, malam ini.

Kejadian berlaku pada 9.30 malam ketika lelaki yang masih belum diketahui identiti itu dalam perjalanan pulang dari sebuah kuil berhampiran lokasi kejadian.

Menurut sumber, suspek dipercayai dua lelaki menunggang motosikal dengan seorang daripadanya melepaskan kira-kira tujuh das tembakan.

"Mangsa maut dalam kenderaannya dan setakat ini polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

"Usaha memburu suspek masih dijalankan," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/34213#sthash.ArLrWc7P.dpuf

Kes Ke empat [Tembakan Tersasar Ke Balai Polis]

[Tembakan Tersasar Ke Balai Polis

Beberapa das tembakan dilepaskan dua lelaki yang dipercayai disasarkan ke arah seseorang di Jalan Sutera Danga, Skudai di sini, tersasar dan mengenai dinding bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1 petang itu, dua lelaki yang menaiki kereta berwarna putih mengekori sebuah kereta lain dipercayai dinaiki orang sasarannya sebelum melepaskan tembakan.

Bagaimanapun, tembakan itu tersasar dan terkena dinding bangunan berdekatan dengan papan tanda tertera Balai Polis Nusajaya yang terletak di Jalan Bestari 2/5, Taman Nusa Bestari, Skudai.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, siasatan awal polis di lokasi kejadian menjumpai tiga kelongsong peluru di atas jalan raya sekitar kawasan berhampiran.

"Polis masih menjalankan siasatan terperinci bagi menjejaki suspek berkenaan dan kita akan meneliti semua kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di sekitar kawasan berdekatan," katanya.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/34204#sthash.EwQsOvpc.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.