Ahad, 15 Mac 2015

Ahad, Mac 15, 2015
Milo Tiruan Di Rampas Di Mantin | Pada mata kasar, ia tidak ubah seperti produk minuman coklat jenama terkenal, namun risikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan mendapati produk itu sebenarnya palsu.

Milo Tiruan Di Rampas Di Mantin

Sindiket berpangkalan di sini dikesan menghasilkan produk minuman coklat palsu jenama terkenal itu sebelum diedarkan di pasar raya seluruh semenanjung Malaysia.

Taktik licik sindiket itu yang menjadikan sebuah rumah banglo di Taman Mulia, Mantin di sini, sebagai ‘kilang’ bagaimanapun berjaya dibongkar KPDNKK jam 3.30 petang kelmarin.

Hasil serbuan, sebanyak 225 bungkun minuman bercoklat palsu yang sedia untuk dipasarkan dan beberapa tong serbuk minuman itu ditemui di dalam rumah berkenaan.

Turut dirampas pembungkus, besi tertera nombor siri, mesin pencetak dan penimbang.




sumber
http://www.hmetro.com.my/node/37104#sthash.wgDqM0lO.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.