Jumaat, 27 Mac 2015

Jumaat, Mac 27, 2015
MR OS Maafkan Penyebar Fitnah | Mr Os sudah memaafkan pihak yang menyebarkan fitnah mengatakan dirinya telah meninggal dunia dan berharap kejadian itu dapat menjadi ikhtibar kepada semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita tidak sahih di laman-laman sosial.

MR OS Maafkan Penyebar Fitnah

Tambahnya lagi, dia tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah di laman sosial sejak Rabu kononnya dia sudah meninggal dunia.

"Perkara yang sudah lepas jangan dikenang cuma jadikan ia sebagai iktibar bila ingin berkongsi sesuatu berita di laman sosial dan pastikan terlebih dahulu kesahihannya.

"Saya sudah maafkan pihak tersebut. Anda juga maafkanlah dia, kasihan kepadanya," katanya.

Dalam pada itu, Mr Os turut memuat naik sebuah video pendek bagi membuktikan dia masih hidup dan berterima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesihatannya.

Mr Os menerusi laporan mStar Online pada Rabu menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan dia dimasukkan ke Hospital Selayang selama lapan hari sejak 14 Mac lalu kerana menjalani pembedahan penyakit tonsil.

Bagaimanapun kata pelawak terkenal tahun 80-an itu, keadaannya beransur pulih selepas dirawat dan kini masih lagi berehat daripada melakukan sebarang aktiviti luar sebelum kembali bekerja.

Pendedahan tersebut menamatkan segala spekulasi yang tersebar di laman sosial kononnya dia sudah meninggal dunia.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/03/26/os-maafkan-pemfitnah/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.