Isnin, 23 Mac 2015

Isnin, Mac 23, 2015
Nazim Othman Bakal Dedah Penyakit Sebenar Isnin Ini | Setelah memuat naik gambar parut pembedahan di kepalanya ke akaun Instagram pada enam hari lalu, Nazim Othman akhirnya tampil buat pertama kali membuat penjelasan mengenainya.

Nazim Othman Bakal Dedah Penyakit Sebenar Isnin Ini

Pendedahan eksklusifnya itu dilakukan bersama Datuk Aznil Hj Nawawi dalam program HLive! Apa Kata Malaysia yang bakal bertemu penonton pada Isnin ini.

Dalam temu bual itu, Nazim memberi penjelasan di atas tindakannya untuk berahsia terhadap penyakit yang dihidapinya.

“Situasi saya (kali ini) rumit kerana pembedahan ini melibatkan anggota badan yang penting dan serius. Ada kemungkinan saya hilang deria atau kemungkinan lain yang lebih besar.

“Bila saya muat naik gambar di Instagram, orang lain tidak tahu yang sebenarnya saya sudahpun menjalani pembedahan,” tambah Nazim yang tampil dengan beanie (aksesori kepala) yang menutup parut kepalanya.

Difahamkan, Nazim juga bertambah berat badan sebanyak 5 kilogram kerana kesan ubat-ubatan.

[7 PIC] Nazim Othman Mengidap Kanser Otak?

Turut dikongsikan bersama HLive! Apa Kata Malaysia nanti adalah saat getir yang dihadapinya sebelum pembedahan dan impak pembedahan tersebut kepada seluruh kehidupannya.

Untuk informasi yang lebih terperinci, saksikan temubual eksklusif ini dalam HLive! Apa Kata Malaysia yang akan disiarkan pada hari Isnin ini, 23 Mac 2015 jam 9.30 malam di saluran Astro RIA (104) dan Astro Maya HD (135).

sumber
http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pelakon-nazim-othman-beri-pendedahan-eksklusif-tentang-penyakit-di-hlive-56170?cp


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.