Isnin, 2 Mac 2015

Isnin, Mac 02, 2015
Neng Yatimah Semakin Uzur Sejak Mustapha Maarof Tiada | Neng Yatimah, 91, dikhabarkan semakin uzur sejak menantunya Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia akhir tahun lepas.

Neng Yatimah Semakin Uzur Sejak Mustapha Maarof Tiada

Selain itu dikhabarkan dia juga mengalami masalah jantung dan kanser kolon.

Neng Yatimah atau nama sebenarnya Buntat Ahmad kini dijaga cucu saudaranya Isa Sawi di Singapura.

Kata cucunya Azlynna Mustapha, setelah disahkan menghidap kanser, neneknya telah beberapa kali menerima rawatan di hospital namun selepas itu dia enggan meneruskan rawatan susulan.

"Nenek kata dia tak nak rasa)sakit setelah diberi rawatan susulan. Dia ada beritahu untuk menghembuskan nafas terakhirnya di Singapura seperti Allahyarham suaminya Jasni Ahmad yang dikebumikan di Singapura," katanya kepada Bernama.

Tambah Azlynna, walaupun keluarganya telah beberapa kali meminta Mak Neng (panggilan dalam keluarganya) menetap di Malaysia, namun beliau menolak atas alasan ingin menghabiskan sisa hidupnya di Singapura.

"Mak Neng kini sudah berusia 91 tahun dan semakin uzur, keluarganya cuma mahukan dia menikmati hidupnya dengan baik," katanya.

Azlynna berkata ketika bapanya (Datuk Mustapha Maarof) meninggal dunia, Mak Neng amat tertekan sehingga menjejaskan kesihatannya.

"Setelah kematian anaknya Allahyarham Roseyatimah, hubungan Mak Neng dengan menantunya (Mustapha Maarof) amat rapat. Setiap kali bulan puasa, arwah akan mengirimkan duit ke Singapura untuk ibu mentuanya itu," katanya.

Roseyatimah meninggal pada tahun 1987.

Neng Yatimah merupakan pelakon hebat filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal menerusi filem seperti Air Mata Duyung, Jiran Sekampung, Laila Majnun, Seri Mersing, Racun Dunia dan Mama oh Mama.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/03/01/neng-yatimah-makin-uzur/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.