Isnin, 16 Mac 2015

Isnin, Mac 16, 2015
Nina Iskandar Komen Putus Tunang, Buka Tudung | Nina Iskandar menjelaskan kepada media bahawa hal berkaitan pertunangan dengan ahli perniagaan Ahmed Haiqal, 31, adalah terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.

Nina Iskandar Komen Putus Tunang, Buka Tudung


Kata Nina, 24, dia tidak mahu mengulas panjang tentang perkara itu dan berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat hubungan mereka.

"Ini adalah hal peribadi dan saya tidak selesa untuk komen panjang lebar tentang perkara ini. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya anda doakan sahaja yang terbaik buat diri saya," ujarnya kepada media.

Nina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ruangan pojok di akhbar mingguan tentang hubungan pertunangannya yang dikatakan sudah berakhir.

Sementara itu, Nina juga menafikan hubungannya dengan pihak pengurusan MIG  renggang dan kini sudah pulang ke Brunei.

Malah, dia juga terkilan apabila didakwa meminta simpati daripada syarikat pengurusan tersebut supaya memberinya tawaran berlakon.

"Gosip itu tak logik, tuduh saya minta simpati dekat MIG untuk dapat tawaran, apa pula, saya masih dalam kontrak pihak pengurusan itu.

"Lagi pula saya baru sahaja selesai penggambaran dua buah drama siri yang bakal keluar di slot Azalea berjudul Dendam Semalam dan Padamu Aku Bersujud pada April ini.

"Saya balik Brunei pun untuk berehat sekejap bersama keluarga dan Insya-Allah akan balik semua ke Kuala Lumpur bulan hadapan," ujarnya.


sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/03/16/nina-iskandar-putus-tunang/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.