Isnin, 9 Mac 2015

Isnin, Mac 09, 2015
"No Komen", Jawab Putri Mardiana Dakwaan Kena Tangkap Khalwat Kali Ke 2 | Putri Mardiana Zainal Abidin mendiamkan diri dengan enggan mengulas mengenai dakwaan ditangkap khalwat buat kali kedua bersama teman lelakinya, Shahrizam Abdullah pada pagi Sabtu lalu.

"No Komen", Jawab Putri Mardiana Dakwaan Kena Tangkap Khalwat Kali Ke 2

Putri Mardiana atau Nina, 33, tidak menjawab panggilan yang dibuat kepadanya sebanyak beberapa kali sebelum menghantar mesej di aplikasi Whatsapp memberitahu dia tidak mempunyai sebarang komen.

"Tiada komen," katanya ringkas kepada akhbar mStar Online pada Ahad.

Pasangan itu didakwa dicekup oleh pihak berkuasa kira-kira pukul 4 pagi di kediaman milik isterinya Shahrizam atau E-Jump di USJ 1, Subang Jaya.

Malah wanita yang dikenali sebagai Nor Hasni Md Hashim itu turut mengesahkan mengenai tangkapan tersebut.

Putri Mardiana Di Tangkap Basah kali Kedua

Terdahulu, pasangan berkenaan pertama kali diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Disember tahun lalu di sebuah kondominium dekat Ukay Perdana, Ampang dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat orang awam.

Mardiana yang juga ibu tunggal kepada tiga cahaya mata ketika itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/03/09/putri-mardiana/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.