Sabtu, 14 Mac 2015

Sabtu, Mac 14, 2015
PDRM Tahan 17 Polis & Tentera Indonesia, Ceroboh Sempadan Negara | Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat 17 warga Indonesia termasuk 10 anggota polis dan empat anggota tenteranya yang ditahan Jumaat kerana dipercayai menceroboh masuk sempadan negara di Pulau Sebatik, Tawau.

PDRM Tahan 17 Polis & Tentera Indonesia, Ceroboh Sempadan Negara

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata tindakan anggota polis dan tentera Indonesia itu menyalahi undang-undang kerana memasuki Malaysia tanpa melalui prosedur imigresen yang betul selain membawa masuk senjata api.

"Walaupun tujuan mereka adalah bagi mengecam dan mengambil semula seorang suspek kes bunuh anggota tentera republik itu, yang ditangkap PDRM pada 10 Mac lalu, namun cara yang digunakan mereka adalah kurang tepat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program Lembayung Hidayah Saudara Baharu Zon Sabah di sini Sabtu.

Noor Rashid berkata PDRM akan menyiapkan segera laporan siasatan dengan melihat daripada semua aspek termasuk hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia serta pandangan Timbalan Pendakwa Raya.

Kesemua anggota polis dan tentera termasuk tiga orang awam warga Indonesia itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Senjata Api 1960.

sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-tentera-indonesia-kejar-suspek-hingga-ceroboh-sempadan-sabah-55657


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.