Sabtu, 28 Mac 2015

Sabtu, Mac 28, 2015
Pegawai Bomba Cerita Detik Penemuan Budak Yang Hilang 18 Jam | Kehilangan adik Healezry yang berusia setahun 11 bulan selama 18 jam nyata mengejutkan ramai pihak. Ramai mengandaikan kanak-kanak itu hilang disorok "sesuatu". Penemuaan semula Healezry mengembirakan keluarga dan orang ramai. Berikut detik penemuan yang diceritakan pegawai bomba bertugas.

Pegawai Bomba Cerita Detik Penemuan Budak Hilang 18 Jam

Aziz Ajap, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tenom, berkata, kedudukan kanak-kanak itu dikesan apabila pihaknya mendengar tangisan kira-kira 3 minit di kawasan penemuan di Kampung Kuala Tolokoson, Kemabong, Tenom.

Ketika ditemui, Healezry itu berada dalam keadaan duduk sambil menangis dan pihaknya mengambil masa kira-kira dua minit bagi memujuk kanak-kanak lelaki terbabit sebelum membawanya keluar.

“Sebaik mendengar tangisan tersebut, kami memanggil nama­nya sebelum dia menyahut de­ngan bunyi suara uhhhh,uhhhh.

“Berdasarkan sahutan itu, kami cuba mengesan kedudukannya sebelum melihat kepala kanak-kanak berkenaan dalam rimbunan semak,” katanya.

Tambahnya, Healezry dilihat dalam keadaan letih akibat kelaparan selain keadaannya yang kotor dan comot.

MISTERI: Budak 2 Tahun Seharian Hilang Dalam Hutan Berdekatan Rumah

Healezry yang hanya bersinglet dan berseluar pendek ditemui sekitar jam 10.25 pagi dengan jarak 300 meter dari rumahnya.

Pegawai Bomba Cerita Detik Penemuan Budak Hilang 18 Jam

Dikatakan anak bongsu daripada dua beradik itu merajuk selepas dilarang mengikuti ibunya, Moina Barahin, 27, mema­suki tandas yang berada di luar rumah kerana ingin membuang air kecil.

Rumah keluarga Healezry terletak kira-kira 36 kilometer dari Pekan Tenom, berada dalam persekitaran dipenuhi kebun getah dan hutan di bahagian hadapan rumahnya selain Sungai Padas di bahagian belakang rumah.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.