Jumaat, 13 Mac 2015

Jumaat, Mac 13, 2015
Pelajar Cuba Bunuh Diri Kerana Agama | Remaja yang terperangkap dalam kes pertukaran agama dimasukkan ke hospital selepas cuba membunuh diri dengan cara minum racun.

Pelajar Cuba Bunuh DiriKerana Agama

Bapanya S Ganesan memberitahu Malaysiakini bahawa anaknya Thiyaggurudeen mengaku minum kopi bercampur racun rumpai jenis paraquat dan dimasukkan ke wad di hospital besar Seremban.

“Saya tanya kenapa dan dia kata dia takut mereka (pihak berkuasa agama) mengambilnya dan beri dia pengalaman pahit lagi...

“Dia akui, dan dia beritahu doktor-doktor dan polis perkara sama,” katanya kepada Malaysiakini.

Pelajar itu dalam laporan polis bertarikh 17 Februari mendakwa dipaksa dua gurunya untuk membuat laporan bahawa bapanya cuba menukar agamanya kepada Hindu.

Dia juga mendakwa dibawa ke sebuah pusat dakwah dan disoal siasat selama tiga jam oleh kumpulan yang didakwa pegawai jabatan hal ehwal agama Islam.

Ibu pelajar itu seorang warga Indonesia yang beragama Islam.

Ganesan pernah memohon pada Mahkamah Syariah untuk menukar agama anaknya, namun diberitahu untuk menunggu sehingga umur 18 tahun.

sumber
http://www.malaysiakini.com/news/291834


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.