Jumaat, 6 Mac 2015

Jumaat, Mac 06, 2015
Pelakon Di Tahan Miliki Dadah & Pistol Angin | Seorang pelakon lelaki berusia 37 tahun ditahan bersama seorang wanita dan seorang lagi rakan lelaki dalam bilik hotel di Jalan Yap Ah Shak, Kuala Lumpur, 9.30 malam tadi selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dan memiliki dadah.

Pelakon Di Tahan Miliki Dadah & Pistol Angin

Sebelum ini, pelakon ini juga pernah ditahan atas kesalahan sama sekitar 2010 selain turut ditahan bagi membantu siasatan penemuan makmal memproses dan membungkus dadah di Kepong.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebelum dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret

Menurut sumber, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bertindak menyerbu hotel terbabit sebelum menahan pelakon itu bersama rakannya.

Dalam pada itu, pemeriksaan lanjut turut menemui sepucuk pistol angin yang mengandungi peluru bebola besi.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/35093


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.