Selasa, 17 Mac 2015

Selasa, Mac 17, 2015
Pembelian Jet Baru Boleh Cetus Kemarahan Rakyat - Rafizi | Tindakan kerajaan membeli sebuah lagi jet peribadi baharu didakwa akan menimbulkan kemarahan rakyat di kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

Pembelian Jet Baru Boleh Cetus Kemarahan Rakyat - Rafizi

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat terpaksa menanggung cukai baharu yang sebahagiannya akan digunakan pembelian sebuah lagi jet peribadi ini di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan sikap tidak peduli beliau terhadap kesempitan hidup rakyat.

"Saya sertakan bersama satu surat perjanjian yang mengesahkan pembelian jet baharu ini yang bertarikh 1 Disember 2014. Perolehan jet peribadi baharu untuk Najib dianugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319.

"Penggunaan jet peribadi ACJ319 sahaja sudah melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyelenggaraan. Tindakan membeli jet peribadi baharu ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST," dakwanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pembelian Jet Baru Boleh Cetus Kemarahan Rakyat - Rafizi

Rafizi ketika membuat pendedahan itu di lobi Parlimen menambah, rakyat kini terpaksa menanggung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau dalam pada itu turut mendedahkan salinan bukti pembelian jet peribadi tersebut.

Sehubungan itu, Rafizi mendesak Perdana Menteri membatalkan pembelian jet tersebut dan memohon maaf kepada rakyat.

"Ini bukti bahawa pentadbiran beliau (Najib) terus-menerus bergelumang dengan pemborosan dan pembaziran.

"Tindakannya jelas membuktikan dia membelakangkan kepentingan rakyat. Oleh itu Najib harus memohon maaf," tegasnya lagi.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/beli-jet-baharu-boleh-cetus-kemarahan-rakyat-1.369346


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.