Khamis, 19 Mac 2015

Khamis, Mac 19, 2015
Pemburu Hantu Dakwa Terakam Imej Kanak-Kanak Perempuan Sedang Melutut | vSeorang pemburu hantu, Allen Tiller menemui imej seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan melutut ketika melakukan penggambaran rancangan televisyen Haunting: Australia di sini baru-baru ini.

Pemburu Hantu Dakwa Terakam Imej Kanak-Kanak Perempuan Sedang Melutut

Rakaman video tersebut diambil ketika Tiller bersama rakannya, Rayleen Kable berada di Rumah Sakit Jiwa Beechworth yang terkenal sebagai salah satu destinasi berhantu di negara tersebut.

"Kami juga sempat merakamkan hentakan pintu dan bunyi orang berjalan ketika berada di bahagian yang dikenali sebagai bull pen, ujar Tiller.

Pemburu Hantu Dakwa Terakam Imej Kanak-Kanak Perempuan Sedang Melutut

Selain imej kanak-kanak melutut itu, mereka juga menemui beberapa imej yang agak pelik.

Tiller menambah, menerusi rakaman ‘Fenomena Suara Elektronik’, jelas kedengaran suara orang ramai menjerit meminta mereka untuk keluar.

Pemburu Hantu Dakwa Terakam Imej Kanak-Kanak Perempuan Sedang Melutut

Sejak Januari lepas, pasangan itu mengetuai kumpulan pemburu hantu untuk mengambil gambar, bacaan elektromagnet dan rakaman suara di tempat-tempat misteri di sekitar Austalia. - AGENSI

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0318&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm
http://www.dailymail.co.uk/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.