Isnin, 9 Mac 2015

Isnin, Mac 09, 2015
Penjenayah Maut, Gagal Samun Pengurup Wang | Seorang dari tiga penjayah maut ditembak pengawal keselamatan ketika dipercayai cuba menyamun premis pengurup wang bersama tiga lagi rakannya di pusat beli belah di Taman Maluri, Cheras, 11 pagi tadi.

Penjenayah Maut, Gagal Samun Pengurup Wang

Dalam kejadian itu, suspek bersama tiga rakannya dipercayai datang menaiki sebuah kereta dan motosikal sebelum menyerbu masuk ke dalam premis pengurup wang itu.

Bagaimanapun, kehadiran kumpulan penjenayah itu disedari pengawal keselamatan pusat beli belah berkenaan yang cuba menghalang tindakan kumpulan penjenayah itu.

Difahamkan pengawal keselamatan berusia 50-an terbabit melepaskan tiga das tembakan dan mengenai seorang suspek yang dipercayai cuba menyerang lelaki itu menggunakan parang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/35701#sthash.vwL0enTZ.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.