Selasa, 17 Mac 2015

Selasa, Mac 17, 2015
Punca Sebenar Kerajaan Beli Jet Baru Di Dedah | Jabatan Perdana Menteri pada Isnin menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.

Punca Sebenar Kerajaan Beli Jet Baru Di Dedah
Boeing Business Jet (BBJ)
JPM dalam satu kenyataan di sini berkata kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.

Pembelian Jet Baru Boleh Cetus Kemarahan Rakyat - Rafizi

Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320. Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli di Parlimen pada Isnin bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

Punca Sebenar Kerajaan Beli Jet Baru Di Dedah
Airbus Corporate Jetliner (ACJ320)
"Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.

"Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.

Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001, kata JPM.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/03/16/jet-acj320-ganti-boeing-16-tahun/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.