Sabtu, 21 Mac 2015

Sabtu, Mac 21, 2015
Putih Teruk Di Dera Manusia Kejam | “Manusia zaman sekarang memang kejam dan sanggup mendera haiwan,” kata seorang jurugambar, Muhammad Shah Adnan M Hanapiah, 26, yang kecewa apabila kucing peliharaannya dipercayai didera individu tidak bertanggungjawab.

Putih Teruk Di Dera Manusia Kejam

Muhammad Shah Adnan yang ditemui di daerah ini, semalam berkata, dia yang tinggal di Taman Kencana, Pandan Indah, Ampang, Selangor meninggalkan kucing kesayangannya digelar Putih di rumah pada jam 5 petang kelmarin.

Katanya, sejurus pulang ke rumah berikutan merakam gambar di kawasan berhampiran jam 2 pagi, semalam, kucingnya dilihat dalam keadaan tenat di dalam rumahnya.

“Saya terkejut mendapati mata kanan Putih hampir terkeluar dan kepalanya cedera dipercayai dihentak atau diterajang seseorang,” katanya.

Menurutnya, bahagian badan haiwan peliharaan itu turut tercedera dan menitiskan darah.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/38322#sthash.HFg12OGn.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.