Sabtu, 7 Mac 2015

Sabtu, Mac 07, 2015
Putri Mardiana Di Tangkap Basah kali Kedua | Putri Mardiana sekali lagi ditangkap khalwat bersama kekasihnya, Shahrizam Abdullah atau Ejump pada pagi Sabtu, kira-kira jam 4.00 pagi di kediaman isteri Ejump sendiri, di USJ 1, Subang Jaya, lapor Astro Gempak.

Putri Mardiana Di Tangkap Basah kali Kedua

“Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah,” kata isteri (Nor Hasni) Ejump sendiri ketika dihubungi oleh pihak Astro Gempak.

Putri Mardiana Di Cekup Bersama Suami Orang

Bagaimanapun Nor Hasni enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, selain mengesahkan suaminya dan Putri Mardiana telah ditangkap khalwat buat kali kedua.

Khalwat, Putri Mardiana Dakwa Kena PRANK Bekas Teman Lelaki

Disember tahun lalu, Putri Mardiana juga ditangkap khalwat bersama Ejump di sebuah kondo di Ukay Perdana selepas didapati berdua-duaan.

Isteri Ejump Dakwa Putri Mardiana BOHONG?

Namun ketika itu Putri Mardiana menafikan dia dan teman lelaki ada melakukan perkara tidak elok dan mendakwa Ejump hanya singgah minum air selepas menghantarnya pulang ke rumah.

sumber
http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/149187/Putri-Mardiana-Kekasih-Kena-Tangkap-Basah-Kali-Kedua.aspx


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.