Jumaat, 13 Mac 2015

Jumaat, Mac 13, 2015
Qi Razali, Nelydia Senrose Bakal Bertunang | Dulu dah pernah dengar tentang kisah pelakon, Qi Razali dan kekasihnya Nelydia Senrose mahu bertunang sekitar tahun 2014. Tah apa puncanya, nampaknya ura-ura tu jadi senyap seketika sehinggalah berita terbaru dari Murai ini.

Qi Razali, Nelydia Senrose Bakal Bertunang

Menurut Murai, Qi yang ditemui baru-baru ini mengesahkan bahawa dia telah memutuskan untuk menghantar rombongan meminang pelakon cantik itu dalam masa terdekat ini.

Qi Razali Dan Nelydia Senrose Bakal Bertunang Tahun 2014

Walaupun tiada sebarang rancangan khusus untuk mendirikan rumahtangga dalam waktu terdekat ini tetapi Qi mengakui keputusannya ini setidak-tidaknya lebih mendekatkan dirinya ke gerbang perkahwinan tatkala usia hos popular ini sudah menjengah 38 tahun dan dia tidak mahu berlengah-lengah lagi.

“Setelah lebih dua tahun bercinta saya rasa sudah sampai masanya untuk saya memikirkan langkah seterusnya hubungan kami ini. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini saya akan menghantar rombongan meminang Nelydia.

“Kami berdua memang belum puas lagi mengejar cita-cita tetapi diharapkan dengan ikatan pertunangan akan menjadi titik tolak kepada perancangan untuk kehidupan berumahtangga yang kalau boleh tak mahu dilengahkan lagi.

“Keputusan ini memang telah saya dan Nelydia bincangkan dan diharapkan selepas bergelar tunang dapat mengurangkan cerita yang kurang enak mengaitkan Nelydia dan pihak tertentu,”ceritanya yang kini juga merupakan wajah wakilan label Timberland sebagai Mark Makers bagi musim terbaru ini.

#Okeylah tu...semoga kali ini kisah nak bertunang tu biar benar2 menjadi ye Qi...

sumber
http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/653723/bakal-bertunang-qi-razali-tidak-mahu-nelydia-senrose-terkait-kontroversi-lagi


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.