Jumaat, 6 Mac 2015

Jumaat, Mac 06, 2015
Ramai Suka KJ Jadi Pelakon | Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sekali lagi menarik perhatian di media sosial apabila muncul beberapa minit dalam sebuah video dari Vlogger terkenal, Mat Luthfi.

Ramai Suka KJ Jadi Pelakon

Video berjudul "Be Yourself in a Job Interview by Mat Luthfi " itu berkisarkan tips semasa temuduga kerja.

Video berdurasi 2 minit 41 saat yang diterbitkan oleh Ready4WorkMy itu kini ditonton lebih 22,800 pelayar YouTube sejak dimuatnaik pada Isnin.  

Aksi dan skrip bersahaja yang dilakonkan Khairy ternyata berjaya mencuit hati penonton.

“Oh..Mat Luthfi, 'please, have a seat' (silakan duduk).

“Mat Luthfi, kenapa you (awak) ni tak 'tall, dark and handsome ye?' (tinggi, gelap dan kacak),” ujar Khairy.

Tinjauan pihak Sinar Online mendapati rata-rata pelayar menyifatkan video yang menyaksikan Khairy di akhir babak video berkenaan tersebut kelakar dan mencuit hati.

Antara komen-komen pelayar ialah, "sumpah, sportinglah KJ."

Ada juga komen berbunyi "OK, 'ending' tu memang terbaik..!!!!."



sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/ramai-suka-khairy-jamaluddin-jadi-pelakon-1.365502


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.