Khamis, 19 Mac 2015

Khamis, Mac 19, 2015
1
"Saya Masih Isteri Dia" - Alyah | Status perkahwinan Alyah dan Ramli atau Ramli Mohammed Salleh, 55, mencetuskan spekulasi kebelakangan ini selepas penyanyi itu dilihat tidak memakai cincin perkahwinannya.

"Saya Masih Isteri Dia" - Alyah

Khabar angin itu tercetus kerana ada pihak mendakwa kononnya perkahwinan pasangan itu tidak stabil berikutan pelbagai isu yang timbul sejak beberapa bulan lalu.

“Alhamdulillah, saya masih isteri Datuk (Ramli MS). Semua masih sama dan semuanya okey sekarang. Tidak ada apa-apa yang berubah.” kata Alyah mengenai spekulasi yang mempersoalkan status sebenar perkahwinannya dengan konduktor muzik Datuk Ramli MS apabila Alyah sering dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya di jari.

Alyah berkata, tindakan itu diambil bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku pada cincin perkahwinannya.

“Saya memang tak pernah pakai cincin perkahwinan dari dulu lagi. Sebabnya saya ini jenis yang pelupa dan cuai. Hari-hari pula saya akan bertukar-tukar aksesori mengikut fesyen untuk persembahan.

“Jadi bahaya untuk orang macam saya memakai cincin itu. Takut bila kerap tanggal dan pakai (cincin), silap-silap boleh hilang. Cincin itu adalah benda bernilai. Jadi untuk elakkan hal tak diingini berlaku, lebih selamat jangan pakai langsung.

“Tapi itu tak bermakna perkahwinan saya dan Datuk ada masalah. Kami okey dan saling belajar dalam melayari kehidupan suami isteri,” 

Alyah dan Ramli bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013.

Perkahwinan rahsia itu terbongkar akhirnya apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat serbuan ke rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong pada 28 Ogos tahun lalu.

Alyah berharap agar penjelasan itu juga dapat menutup sebarang keraguan mengenai status rumah tangganya.

“Setakat ini alhamdulillah tidak ada apa-apa yang buruk atau negatif berlaku dalam perkahwinan kami. Saya sedar tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak sebab itu ada yang mahu perkara buruk berlaku dalam kehidupan saya.

“Tapi saya cuba untuk jadi lebih baik sebagai isteri dan wanita,” katanya.

Ditanya mengenai ulang tahun kedua perkahwinannya semalam, Alyah berkata, ia adalah proses pembelajaran yang mematangkan dirinya sebagai wanita dan isteri.

“Perkahwinan ini adalah benda baru dalam hidup saya. Malah perjalanan (perkahwinan) kami pula berlainan sikit daripada pasangan lain. Sudah tentulah saya akui pernah alami kejutan dalam kehidupan baru ini.

“Usia perkahwinan pun masih terlalu muda. Setengah orang cakap ada pasangan ambil masa lebih lima tahun untuk betul-betul kenal pasangan. Jadi saya pun ada banyak benda kena terus belajar,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/37985#sthash.XBcnk2zS.dpuf


1 comments:

  1. Kesian Alyah. Ditemukam jodoh dgn lelaki yg tidak suka mengakui dirinya telah berkahwin

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.