Jumaat, 6 Mac 2015

Jumaat, Mac 06, 2015
Seorang Anggota "Geng 18" Mati Di Tembak | Seorang lelaki disyaki anggota kumpulan gengster 'Geng 18' ditembak mati sepasukan polis dalam insiden berbalas tembakan di kawasan Kampung Melayu Hicom, Shah ALam, hari ini.

Seorang Anggota "Geng 18" Mati Di Tembaky

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, dalam kejadian 8 pagi itu, sepasukan anggota Ops Cantas Khas terserempak dengan suspek yang sedang memandu dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan di sekitar sebuah sekolah rendah di Taman Sri Muda.

Cubaan pasukan berkenaan untuk menahan kereta yang dipandu lelaki berumur 35 tahun itu gagal apabila suspek bertindak merempuh kenderaan polis sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota terlibat.

"Di sebabkan itu, pasukan Ops Cantas Khas terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri, menyebabkan suspek memecut keretanya untuk melarikan diri," katanya kepada pemberita.

Tambahnya lagi, kereta suspek dikejar dari Sri Muda sehingga ke Kampung Baru Hicom yang terletak lima kilometer dari tempat kejadian sebelum polis mengepung sebuah kedai besi buruk, selepas mendapati kereta suspek diletak berhampiran.

Abdul Samah berkata, suspek yang panik dengan kehadiran polis bertindak melepaskan tembakan ke arah pasukan itu menyebabkan berlaku sekali lagi insiden berbalas tembakan sehingga meragut nyawa suspek.

Seorang Anggota "Geng 18" Mati Di Tembak

Katanya, polis merampas sepucuk pistol jenis Revolver dan beberapa butir peluru yang digunakan suspek dalam insiden berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah ketika ditemui menyatakan siasatan awal mendapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau termasuk lima rekod membabitkan kes bunuh di sekitar Lembah Klang.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/03/06/geng-18-ditembak/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.