Selasa, 24 Mac 2015

Selasa, Mac 24, 2015
Shah Rukh Khan Mengamuk Marahkan Peminat : Angkara penangan si wira papan kekunci (keyboard worrior) dalam laman sosial, Shah Rukh Khan Raja Bollywood turut tertekan dengan komen yang diterimanya melalui laman sosial Twitter.

Shah Rukh Khan Mengamuk Marahkan Peminat

Pelbagai cemuhan diterima pelakon yang telah membintangi hampir 85 buah filem itu. Antaranya, dia dikatakan tidak pandai menghasilkan filem dan ada juga sesetengah pihak yang cuba menunjuk ajarnya berkaitan hal perfileman.

Berang dengan kenyataan melulu pengikutnya dalam laman sosial tersebut, aktor itu memberi status balas dengan mengatakan bahawa dia kecewa dengan pengikutnya di laman sosial.

Shah Rukh mengaku membaca semua komen yang ditinggalkan dan menyifatkan sikap segelintir pengikutnya di dalam sosial tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.

Bintang tersohor itu menyifatkan peminat yang memberi komen negatif terhadap dirinya sebagai pengecut dan hanya tahu menuding jari mencari salah orang lain.

Tulisnya: “Adakah kalian gembira menulis sesuatu yang buruk tentang orang lain? Atau kalian hanya mahu berasa teruja kerana berjaya masuk dalam timeline saya?”

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0324&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.