Isnin, 23 Mac 2015

Isnin, Mac 23, 2015
Siling Stesen LRT Masjid Jamek Runtuh | Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan insiden runtuhan siling di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, hari ini.

Siling Stesen LRT Masjid Jamek Runtuh

Pengurus Kanan Prasarana (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Azhar Ghazali berkata, dalam kejadian 2.10 petang itu, struktur siling di Platform 1 bagi laluan menghala ke Kelana Jaya, dipercayai runtuh secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, katanya operasi perjalanan pengguna LRT kembali pulih seperti biasa selepas itu.

"Tiada penumpang ketika kejadian itu. Punca kejadian masih disiasat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azhar berkata, kerja-kerja pembersihan di kawasan runtuhan siling itu selesai kira-kira 4.45 petang tadi. - BERNAMA

sumber
http://www.bharian.com.my/node/42882


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.