Rabu, 18 Mac 2015

Rabu, Mac 18, 2015
Suspek Pukul Pakcik Di Kuching Berjaya Di Tahan | Semalam tersebar sebuah video di laman sosial yang menunjukkan 2 orang remaja lelaki memukul seorang pak cik tanpa belas kasihan di Jalan Bako di sini.

Suspek Pukul Pakcik Di Kuching Berjaya Di Tahan

Hasil maklumat orang ramai pihak polis dari Balai Bintawa telah berjaya memberkas ketiga-tiga mereka semalam.

Mereka yang berumur lingkungan 21 hingg 27 tahun itu berasal dari Kampung Bako, Ulu Kuching dan Bandar Bandar Baru Samariang, Kuching.

Dalam kejadian tersebut, dua lelaki bertindak memukul seorang pak cik yang memandu Toyota Unser melalui kawasan berkenaan sebelum mendapati ada sebuah motosikal tanpa nombor pendaftaran ditunggang dalam keadaan bahaya.

Rakan mangsa membunyikan hon untuk menegur penunggang motosikal itu tetapi menerima ‘hadiah’ isyarat lucah.

Kisah Sebenar Video 2 Lelaki Pukul Orang Tua

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Entusa Imam berkata, penunggang motosikal itu memberhentikan kenderaannya, diikuti mangsa dan rakannya.

Suspek Pukul Pakcik Di Kuching Berjaya Di Tahan
Suspek baju putih dikatakan perakam video tersebut
"Mangsa dan rakannya memberhentikan kenderaan, turun daripada kereta dan berlaku pertengkaran dengan penunggang motosikal yang dipercayai dalam keadaan mabuk.

"Tiba-tiba penunggang motosikal itu dengan rakannya memukul mangsa dengan topi keledar, manakala rakan mangsa dihalang daripada membantu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Akibat kejadian itu mangsa lebam di kepala dan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya

Pihak polis masih dalam usaha mengesan lain-lain suspek yang masih bebas. Kesemua suspek akan di bawa ke mahkamah untuk permohonan dan akan didakwa dibawah seksyen 324 kanun kesiksaan.

sumber
http://www.siakapkeli.com.my/2015/03/suspek-kes-pukul-pak-cik-di-jalan-bako.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.