Selasa, 24 Mac 2015

Selasa, Mac 24, 2015
Syafiq Kyle Pernah Pukul Uqasha Senrose? | Syafiq Kyle nyata terkejut selepas satu tuduhan timbul mengatakan dia pernah memukul kekasihnya, Uqasha Senrose hingga wanita itumengalami kecederaan pada wajah.

Syafiq Kyle Pernah Pukul Uqasha Senrose?

Kata Syafiq, dia tidak takut dengan tuduhan tersebut kerana ia sama sekali tidak benar dan menganggap ia sebagai mengarut.

"Tidak ada gunanya saya menghabiskan tenaga dengan melayan gosip murahan seperti itu kerana saya sendiri pun tidak tahu dari mana datangnya asas cerita berkenaan.

"Banyak benda yang tidak benar dilaporkan tentang saya dan yang terbaharu ini tiada bezanya kerana ia remah dan mengarut," katanya.

Syafiq Kyle Pernah Pukul Uqasha Senrose?

Syafiq mengulas tuduhan dalam ruangan komen peminat menerusi artikel di portal Rotikaya yang mendakwa pasangan itu sudah berpisah dan kini Uqasha sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ben Ali.

Menerusi komen itu, peminat berkenaan melabel Syafiq sebagai lelaki dayus kerana memukul Uqasha dan mereka patut berpisah.

Dalam pada itu, Syafiq sendiri tidak pasti apakah motif sebenar disebalik dakwaan tersebut namun ia sama sekali tidak memberi kesan kepadanya.

Malah kata Syafiq, sepanjang bergelar artis dia tidak pernah memberi perhatian atau membaca ruangan gosip.

Pihak yang buat dakwaan itu nampaknya tidak mengenali saya secara peribadi dan atas dasar apa dia buat dakwaan seperti itu?" soalnya.

Syafiq Kyle Pernah Pukul Uqasha Senrose?

Sementara itu, Syafiq berkata, hubungannya dengan Uqasha masih berjalan seperti biasa dan dakwaan kononnya mereka sudah berpisah tidak benar.

Malah kata Syafiq, dakwaan kononnya Uqasha kini sudah menemui pengganti dengan seorang pelakon baru yang dikenali sebagai Ben Ali adalah tidak benar dan lelaki berkenaan adalah sahabat baik Uqasha.

"Uqasha dan Ben sudah berkawan baik sebelum kami kenal lagi malah saya sendiri rapat dengan pemuda itu.

"Dakwaan mereka bercinta adalah tidak benar dan gosip itu saya anggap bersifat kebudak-budakkan kerana ia hanya berdasarkan telahan tanpa sebarang bukti kukuh," ujarnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/03/24/syafiq-kyle-pukul/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.