Sabtu, 14 Mac 2015

Sabtu, Mac 14, 2015
Tegar Malu, Mahu Kes Selesai Secepat Mungkin | Tegar Septian, 13, yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual pengurusnya mahu membuat laporan polis di negara ini dan Singapura dalam masa terdekat.

Tegar Malu, Mahu Kes Selesai Secepat Mungkin

Wakil syarikat pengurusan Harpa Record, Handoko Kesuma berkata, pihaknya masih menunggu kertas siasatan daripada polis serta agensi perlindungan kanak-kanak (Komnas) susulan laporan yang dikemukakan Isnin lalu di Jakarta.

"Selaku pengurusannya, kami bersama Tegar dan keluarga sepakat membawa kes penyelewengan dan cubaan mencabul yang dilakukan pengurus kedua Tegar ini ke pihak berkuasa.

"Sebagai individu yang diberi kepercayaan keluarga dia wajar bertanggungjawab di atas setiap perbuatannya yang mengakibatkan emosi anak bawah umur ini terganggu," katanya ketika ditemui di Istana Budaya semalam.

Penyanyi kecil jalanan yang turut mencipta nama di Malaysia itu didatangkan ke Kuala Lumpur bagi menjayakan Konsert Muzika Nusantara Dua Negara. 

Arif Nafi Dera Tegar, Buat Laporan Polis

Isu Tegar dan pengurusnya, Muhammad Arif Dollah yang berasal dari Singapura, dipaparkan media selepas lelaki itu didakwa menggelapkan wang hasil nyanyian sepanjang lebih setahun menguruskan kerjaya seninya.

Lebih hangat apabila terbaharu penyanyi berkenaan bersama keluarga mendakwa lelaki sama turut melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak terbabit di beberapa lokasi termasuk di Malaysia.

Tegar yang pada awalnya tidak banyak bersuara mengakui tiada unsur paksaan daripada mana-mana pihak supaya membuat pengakuan berhubung tuduhan terhadap pengurus keduanya itu.

"Saya tidak pernah berdendam dengannya atau sesiapa pun. Saya mahu semua ini berakhir dan enggan mengingati peristiwa lalu. Apabila teman di kampung turut bertanya mengenai cerita itu (gangguan seksual), saya jadi malu.

Tegar Malu, Mahu Kes Selesai Secepat Mungkin

"Laporan ke Komnas dan polis dilakukan supaya tiada lagi orang lain terkena perbuatannya. Selepas dikhianati kali kedua, saya tidak akan menggunakan khidmat pengurus lagi sebaliknya hanya mahu ditemani ayah," katanya yang memaklumkan emosinya semakin stabil. 

Sementara itu, Ariff yang dihubungi BH menegaskan sudah menyerahkan kepada peguam untuk membuat susulan berkaitan satu persatu dakwaan daripada pihak ketiga.

"Sebenarnya saya pelik apabila laporan polis tidak sama dengan tuduhan yang dikatakan ibu Tegar menerusi SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada saya sebelum ini. Kenapa perlu menukar-nukar cerita?

"Buat pemeriksaan doktor jika mereka inginkan kepastian. Saya yakin selepas ini bakal timbul lagi tuduhan baharu," katanya yang kini berada di Singapura.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/40803


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.