Selasa, 3 Mac 2015

Selasa, Mac 03, 2015
Tindakan Lelaki Guna Drone Ambil Gambar Pesawat Mendarat Di KLIA Di Kecam | Seorang lelaki yang bertindak menangkap gambar pesawat mendarat menggunakan drone di lapangan terbang KLIA menerima kecaman orang ramai di media sosial.

Tindakan Lelaki Guna Drone Ambil Gambar Pesawat Mendarat Di KLIA Di Kecam

Rata-rata pengguna sosial mengecam tindakan lelaki tersebut yang menggunakan nama yengnasir dilaman Instagram kerana merbahayakan nyawa penumpang pesawat.

2 gambar peswat sedang mendarat tersebar dimedia sosial, antaranya ialah AirAsia dan Saudi Arabia.

Pastinya tindakan beliau tidak menerima kebenaran pihak berkuasa, menyebabkan dia telah dipanggil pihak berkuasa di Bukit Aman.

Tindakan Lelaki Guna Drone Ambil Gambar Pesawat Mendarat Di KLIA Di Kecam
Phantom2 Drone
Difahamkan drone jenama Phantom 2 yang baru dimilikinya baru saja dibeli kira-kira 15 minggu lalu.

Seorang rakan turut bertanyakan tentang keselamatan pesawat dengan drone tersebut, namun yengnasir menjawab dia telah mengambil kira jarak selamat antara pesawat dan dronenya menggunakan gps sebelum diterbangkan.

"Jauh tu. Kira distance before fly. Use GPS Mode,"jawan yengnasir kepada rakannya.

Tindakan Lelaki Guna Drone Ambil Gambar Pesawat Mendarat Di KLIA Di Kecam

Ada juga pengguna yang mempersoalkan tahap keselamatan lapangan terbang KLIA. Seorang pengguna menulis,"Can't believe drone can fly to KLIA so easily. That shows the level of security we have in Malaysia.

Manakala seorang lagi mempertahankan kawalan KLIA, katanya,"It is not DCA fault. Phantom is so small, not even appear in radar. The fault is totally on the operator itself. No brainer to fly near airport. Even in US, Canada & French they are still idiots who fly UAV@drones near restricted area and there is nothing they can do about it. This thing goes viral for good. Someone should have learnt his lesson by now.

Tindakan Lelaki Guna Drone Ambil Gambar Pesawat Mendarat Di KLIA Di Kecam

Baru-baru ini, negara Perancis tuurt cemas apabila beberapa drone dikatakan terbang melintasi ruang udara loji nuklear dan istana presiden dan kota raya mereka.

Tindakan Lelaki Guna Drone Ambil Gambar Pesawat Mendarat Di KLIA Di Kecam

Berbalik kepada yengnasir, dikatakan dia telah hadir ke Bukit Aman bagi kes nya itu setelah pihak KLIA membuat laporan polis dan terkini dia menulis di Instagramnya,"Baru balik dari ibu pejabat polis bukit aman, alhamdulilah dapat job untuk bekerjasama.

Dua gambar terbaru dari beliau dilaman Instagram dengan menggunakan dronenya ialah panoraman di Putrajaya...


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.