Khamis, 5 Mac 2015

Khamis, Mac 05, 2015
Tindakan Lindsay Lohan Muat Naik Ayat Al Quran Timbul Persoalan | Lindsay Lohan sering dikaitkan dengan kontroversi dalam industri hiburan Amerika Syarikat dengan tingkah laku `nakalnya` yang menjadikan dia antara `bad girl` .

Tindakan Lindsay Lohan Muat Naik Ayat Al Quran Timbul Persoalan

Terkini, Lindsay Lohan sekali lagi menimbulkan kontroversi dengan memuat naik satu foto petikan ayat Al-Quran di laman Instagram miliknya.

Dalam foto yang dimuat naik aktres dan penyanyi itu, Lohan telah meletakkan ayat dari Surah Taha ayat ke 114 yang bermaksud: “Ya Tuhanku, tingkatkanlah pengetahuanku”. Ianya kemudian ditambah dengan ayat yang bermaksud: “Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada mu ilmu yang bermanfaat”.

Tindakan Lindsay Lohan Muat Naik Ayat Al Quran Timbul Persoalan

Tindakan lindsay Lohan itu menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat maksud di sebalik tindakan Lohan memuat naik gambar tersebut.

Tak cukup dengan itu, memuatnaik pula sekeping foto yang memaparkan dia seolah bertudung.

Reaksi peminat juga berbeza-beza berhubung tindakan Lohan ini, ada di antara mereka teruja dan gembira sekiranya Lindsay mendalami Islam dan mahu melihat bintang berusia 28 tahun itu menjadi muslimah.

Tidak kurang juga yang berpendapat Lohan seperti mempersenda ayat Al-Quran yang disanjung umat Islam.

Tindakan Lindsay Lohan Muat Naik Ayat Al Quran Timbul Persoalan

Namun jika dikira secara rasional, tidak ada salahnya Lohan memuat naik ayat itu kerana tulisan ayat dalam berbahasa arab disifatkan suatu bahasa sejagat.

Namun setakat ini, hanya Lohan saja yang tahu apa motif dan tujuan sebenar dia memuatnaik foto tersebut.

sumber
http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/651184/apa-motif-lindsay-lohan-muat-naik-ayat-al-quran-di-instagram-miliknya


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.