Sabtu, 14 Mac 2015

Sabtu, Mac 14, 2015
Video: Amir Raja Lawak Kini Bergelar Suami Kepada Nur Intan Syafinaz | Seorang lagi selebriti, kali ini pelawak Amir Raja Lawak atau nama sebenar Mohammad Amirullah Azmi, 27, selamat diijabkabulkan dengan tunangnya Nur Intan Syafinaz Shaari, 21, selepas waktu Asar iaitu kira-kira jam 5.30 petang.

Amir Raja Lawak Kini Bergelar Suami Kepada Nur Intan Syafinaz

Hanya dengan hanya dengan sekali lafaz saja, Amir dan Intan telah dinikahkan oleh jurunikah Masjid Kampung Kubu Gajah iaitu Mahmud Ahmad. Majlis pernikahan telah diadakan di kediaman Intan di Sungai Buloh.

Pada majlis akad nikah tersebut, Amir turut memberikan wang hantaran sebanyak RM13,000 serta mas kahwin RM300.

Syafinaz yang berwalikan ayah kandungnya iaitu Shaari Sabri telah diraikan secara serba sederhana dan tenang.



Majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan akan diadakan pada hari esok manakala sebelah lelaki akan diadakan di tanah kelahiran Amir iaitu Kelantan pada 2 April depan.

Terdahulu pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 13 Jun tahun lalu.

sumber
http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/654206/amir-raja-lawak-sah-bergelar-suami-kepada-nur-intan-syafinaz


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.