Selasa, 10 Mac 2015

Selasa, Mac 10, 2015
Video Anggota Polis Lepas Tembakan Ketika Cuba Menahan Suspek| Seorang anggota polis mengalami kecederaan ringan selepas dipukul seorang lelaki ketika hendak menangkap suspek berhubung kes pukul isteri dan dadah dalam kejadian di kawasan flat di Jalan Sungai Batu, George Town, Pulau Pinang Sabtu lalu.

Video Anggota Polis Lepas Tembakan Ketika Cuba Menahan Suspek

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fai Hin dalam kejadian 12.10 tengah hari itu, anggota berpangkat konstabel itu pergi ke rumah lelaki berkenaan dan memperkenalkan diri sebagai polis, bagaimanapun suspek tidak memberi kerjasama.

“Anggota berkenaan yang bertugas di Unit Jenayah Balai di Balai Polis Teluk Kumbar, diarahkan oleh pegawai penyiasat untuk menahan lelaki berusia 31 tahun itu bersangkut laporan polis oleh isterinya yang mendakwa suspek memukulnya serta terlibat aktiviti dadah.

“Anggota itu memperkenalkan dirinya sebagai polis tetapi lelaki tersebut enggan memberi kerjasama dan dia (polis) tetap menjalankan tangkapan dengan cuba menggari suspek dan dalam proses tangkapan berkenaan berlaku pergelutan antara mereka,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata semasa pergelutan tersebut, suspek yang bekerja sendiri itu cuba merampas pistol anggota polis berkenaan dan dalam masa sama sekumpulan lelaki dipercayai rakan suspek cuba menghalang polis tersebut menahan rakan mereka.

“Ekoran diasak rakan-rakan suspek, anggota polis itu mengambil langkah mempertahankan diri dengan melepaskan satu das tembakan ke arah bawah dan ia tidak mengenai sesiapa,” katanya.

Lai berkata kejadian itu menyebabkan anggota polis berkenaan mendapat kecederaan calar di bahagian lengan kanan dan kiri serta leher manakala suspek juga mendapat cedera luka di dahi, lengan dan kaki.

Katanya kedua-dua mereka mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Balik Pulau.

“Sebelum kejadian itu isteri kepada suspek datang ke balai polis membuat laporan dia dipukul oleh suaminya dan lelaki itu juga adalah penagih dadah. Pasangan suami isteri berkenaan dalam proses bercerai,” katanya lagi.




sumber
http://www.suara.tv/2015/03/09/video-elak-dipukul-anggota-polis-lepaskan-tembakan-di-penang/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.