Isnin, 23 Mac 2015

Isnin, Mac 23, 2015
Video: Patah Leher, Rey Misterio Sebabkan Seorang Penggusti Maut | Seorang ahli gusti maut akibat patah leher ketika beraksi di atas gelanggang, kelmarin.


Pedro Aguayo Ramirez, dikenali sebagai Hijo del Perro Aguayo lembik selepas terkena 'flying-kick' pihak lawan, Oscar Gutierrez yang juga dikenali sebagai Rey Misterio Jr.

Menurut Dailymail.uk, perlawanan gusti itu berterusan selama dua minit sebelum pihak pengadil dan peserta gelanggang menyedari Ramirez sebenarnya berada dalam keadaan bahaya dan di ambang maut.

Patah Leher, Rey Misterio Sebabkan Seorang Penggusti Maut

Ramirez kemudian dibawa ke sebuah hospital berhampiran dan disahkan maut pada jam 1.30 pagi waktu tempatan.

Kertas siasatan dibuka untuk menyiasat terdapat motif pembunuhan dalam kejadian tersebut.




sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/ahli-gusti-patah-leher-ketika-beraksi-1.371932


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.