Jumaat, 13 Mac 2015

Jumaat, Mac 13, 2015
Wak Doyok Serik, Gurauan Jadi Bahan Kritikan | “Saya sudah serik. Tak sangka pula gurauan itu disalah tafsirkan oleh orang lain,” kata selebriti dan ikon fesyen Wak Doyok berhubung cemuhan pengikutnya yang menggelarnya gila se-ks dan tidak bermoral berikutan komen berbaur se-ksual terhadap gambar punggung aktres Kilafairy di Instagram, baru-baru ini.

Wak Doyok Serik, Gurauan Jadi Bahan Kritikan

Kata Wak Doyok, kecaman daripada pengikutnya di sosial media perkara yang mengejutkan kerana niatnya hanya untuk bergurau ketika memberikan komen pada gambar Kilafairy.

“Padahal saya hanya bergurau komen macam itu pada gambar Kila seperti gurauan antara kawan. Tak sangka pula segelintir pihak salah anggap dan menjadikan ia masalah besar.

“Sedangkan antara saya dan Kila memang kami tahu itu hanya usikan kawan. Tapi bila dah jadi isu saya kena akur dengan kedudukan saya sebagai ikon masyarakat dan saya terima teguran orang dengan hati terbuka,” katanya.

Kontroversi terbaru itu timbul apabila komen Wak Doyok yang memuji bentuk punggung Kilafairy atau Syakila Nisa Jahangir Khan, 23, pada akaun Instagram aktres itu.

Komen "Merecik" Wak Doyok di Instagram Kilafairy Teruk Di Kritik Peminat

Susulan komen berbaur se-ksual itu, Wak Doyok dikecam teruk segelintir pihak menggelarnya gila se-ks, tidak bermoral dan keterlaluan.

Wak Doyok menambah, kejadian salah faham itu menjadi pengajaran kepadanya pada masa akan datang.

“Niat saya hanya untuk bergurau dan mengusik Kila. Tak tahu pula kenapa sesetengah orang salah faham dan menghentam keras.

“Sekarang saya faham dalam sosial media ini kita kena berhati-hati dalam sebarang komen sebab apa saja boleh berlaku walaupun saya tak maksudkan ayat lucah itu dalam komen berkenaan,” katanya.

Kilafairy yang dihubungi enggan memberikan sebarang komen kerana menganggap hal itu perkara remeh yang tiada kaitan dengannya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/36580#sthash.HZobx0gm.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.