Khamis, 12 Mac 2015

Khamis, Mac 12, 2015
Yatt Hamzah Mohon Mahkamah Tangguh Kes Sebulan, Percaya Rumahtangga Boleh Di Selamatkan | Yatt Hamzah memohon kepada Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis untuk menangguhkan sebutan kes tuntutan cerai yang difailkan terhadap suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor pada awal Februari lalu.

Yatt Hamzah Mohon Mahkamah Tangguh Kes Sebulan, Percaya Rumahtangga Boleh Di Selamatkan

Yatt membuat permohonan itu menerusi peguam syarie, Nuraini Fauzi menyatakan ingin menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapi mereka secara baik dan meminta tempoh sebulan untuk berbincang.

Nuraini ketika memberitahu mahkamah, pasangan itu yakin menerusi perbincangan secara mendalam ia dapat membuka ruang dalam menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama enam tahun itu.

Kes disebut dihadapan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah. Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 35, selaku plantif bagaimanapun tidak hadir pada prosiding itu.

Dalam pada itu, Abdul Mutalib selaku defendan juga turut bersetuju dengan permohonan tersebut.

Abdul Mutalib, 35, diwakili peguam syarie, Rafizal Ahamadin. Kes berkenaan akan disebut semula pada 20 April depan.

Sementara itu, Abdul Mutalib ketika ditemui diluar mahkamah enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan terbaharu kes berkenaan.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/03/12/yatt-hamzah/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.