Khamis, 19 Mac 2015

Khamis, Mac 19, 2015
Zizan Razak Kemalangan, Ferrari Kuning Langgar Pembahagi Jalan | Agak kecoh bila gambar sebuah Ferrari kuning dikatakan milik Zizan Razak telah kemalangan. Yup memang betul Zizan kemalangan, namun bukanlah teruk seperti yang dihebohkan di media sosial.

Zizan Razak Kemalangan, Ferrari Kuning Langgar Pembahagi Jalan

Menurut laporan, Ferrari kuning yang dipandu Zizan Razak hanya mengalami kerosakan kecil selepas melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama di Putrajaya.

Izwan yng juga pembantu peribadi Zizan berkata gambar dan artikel mengenai kemalangan itu adalah PALSU kerana kereta Zizan hanya terbabas sedikit dan hanya kerosakan kecil yang berlaku.

"Gambar-gambar yang tersebar tentang Ferrari kuning itu bukan milik Zizan. Selepas kecoh cerita kemalangan itu, banyak berita dan gambar palsu yang dikeluarkan, Lagipun sewaktu kemalangan itu berlaku, hari tak hujan. Dalam gambar itu, hari hujan," katanya." katanya.

Zizan Razak Kemalangan, Ferrari Kuning Langgar Pembahagi Jalan
Gambar Ferrari yg dikatakan milik Zizan
"Zizan hanya terlanggar pembahagi jalan sedikit sahaja di bahagian depan kereta tersebut. Bagaimanapun tidak ada kerosakkan teruk dan Zizan juga berada dalam keadaan baik. Buat masa ini saya belum pasti sama ada Zizan mahu buat laporan polis atau tidak,"

Sementara itu, Zizan turut memuat naik gambarnya pada petang Rabu dengan kapsyen memberitahu dia berada dalam keadaan baik.


sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/03/18/zizan-razak-kemalangan/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.