Sabtu, 18 April 2015

Sabtu, April 18, 2015
1 Maut, 5 Cedera, 3 Pondok Pengawal Perumahan Di Bakar Sekumpulan Lelaki | Seorang pengawal keselamatan maut manakala lima lagi cedera selepas tiga pondok pengawal di sebuah taman perumahan di Bandar Bukit Raja, Klang, dibakar sekumpulan lelaki, awal pagi tadi.

1 Maut, 5 Cedera, 3 Pondok Pengawal Perumahan Di Bakar Sekumpulan Lelaki

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, tiga pondok pengawal di Jalan Rodat 1 dan Jalan Rodat 14, diserang dan dibakar kumpulan lelaki yang tidak dikenali itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata dua daripada tiga pondok pengawal yang diserang itu musnah manakala sebuah lagi tidak terbakar.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 1.58 pagi dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, dengan kekuatan enam anggota, dikerahkan ke lokasi," katanya.

Beliau berkata, seorang pengawal keselamatan yang dianggarkan berusia 30an disahkan mati terbakar dalam kejadian berkenaan manakala lima lagi rakan sekerja mangsa yang mengalami kecederaan sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini untuk mendapatkan rawatan.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/48278


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.